Kerjasama MAIWP-MAPIM beri perkhidmatan pemeriksaan percuma terus terima pujian ramai

10 Aug 2022 • 6:40 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

KUALA LUMPUR : Bulan Muharam membuka lembaran baru untuk seluruh umat Islam.

Tidak terkecuali dengan khidmat Mobile Clinic Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang disuntik semangat baru untuk membantu ummah ke arah kehidupan yang lebih baik.

Hari ini bertarikh 12 Muharam, Program Mobile MAIWP-MAPIM diteruskan lagi di PPR Kg Baru Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur.

image is not available

image is not available

Jumlah pesakit yang telah merebut peluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma hari ini adalah seramai 45 orang.

Mobile Clinic digerakkan dengan kekuatan dua orang doktor serta dibantu lapan orang sukarelawan.

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk PPR tersebut, Faizal Hj Ibrahim mewakili pihak penduduk setempat mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama antara MAIWP dan MAPIM kerana telah memberikan perkhidmatan yang baik kepada penduduk di sini.

image is not available

“Syukur Alhamdulilah kami menerima lawatan daripada Mobile Clinic MAIWP-MAPIM yang sudi hadir bagi menyediakan perkhidmatan perubatan dan rawatan secara percuma kepada masyarakat setempat.

“Jadi dengan adanya kemudahan ini, penduduk tidak perlu pergi jauh untuk mengetahui tahap kesihatan mereka, malah saya amat galakkan kalau kalian nak datang sini lagi,” katanya ketika ditemubual UMMAHToday.

image is not available

image is not available

Program mobile clinic ini akan diteruskan untuk hari kedua pada esok hari. Kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk hadir hari ini boleh datang bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut esok.