Kerjasama pastikan keterjaminan makanan

29 Dec 2022 • 1:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Persekutuan komited untuk bekerjasama rapat dengan rakan sejawatannya di Sabah dan Sarawak dalam memastikan keterjaminan makanan di negara ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin berkata, autonomi Sabah dan Sarawak dalam sektor pertanian memberikan situasi unik kepada Kementeriannya dalam merangka usaha bersepadu di peringkat nasional.

“Kerjasama lebih erat antara kerajaan (Persekutuan dan negeri), jabatan, bahagian dan agensi perlu diwujudkan,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Pemasaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Sabah, di sini, Rabu.