Kerjasama PBS-Star tidak ancam kestabilan GRS

Politics
7 May 2024 • 3:26 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

BEAUFORT: Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Ruslan Muharam menafikan desas-desus bahawa kerjasama parti itu dengan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) bakal memberi ancaman kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau yang juga Adun Lumadan berkata, kerjasama politik itu bertujuan mengukuhkan kefahaman antara kedua-dua parti khususnya dalam menghadapi pilihan raya negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Pada masa sama, katanya, ia bertujuan mengelak berlaku pertembungan sesama sendiri calon dari PBS dan Star sebagaimana yang pernah berlaku pada PRN sebelum ini.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Itu yang kita (PBS/Star) cuba murnikan (melalui kerjasama ini) supaya perkara sama tidak lagi berlaku pada PRN17 akan datang, sekali gus mengukuhkan kedudukan GRS, khususnya di kawasan bukan islam.

“Justeru, dakwaan segelintir pihak ini jelas tidak masuk akal, sebaliknya kerjasama ini sebenarnya dapat memantapkan lagi kekuatan GRS, seterusnya kekal menerajui Sabah selepas PRN17 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Sambutan Riang Raya Aidilfitri Bersama Pemimpin di Dewan Sri Dayang Lumadan, di sini, Ahad lepas.

Hadir sama Ahli Parlimen Sipitang merangkap Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (Sabah), Datuk Matbali Musah.

Pada April lalu, PBS dan Star menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama politik antara kedua-dua parti menjelang PRN17 Sabah.

PBS dan Star Sabah yang masing-masing mempunyai tujuh dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan parti komponen dalam GRS bersama dengan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Usno, Harapan Rakyat dan LDP.

Susulan itu, timbul desas-desus kononnya kelebihan dimiliki PBS/Star yang dominan di kawasan bukan bumiputera Islam itu bakal memenangi lebih banyak kerusi pada PRN17 berbanding parti bumiputera Islam lainnya dalam GRS.

Segelintir pihak mendakwa kemungkinan berlaku perpecahan undi yang besar di kawasan bumiputera Islam akibat pertembungan parti-parti Islam antara GRS dan pembangkang hingga menyebabkan tiada parti yang menang dominan.

Sementara itu, Matbali (GRS) menyifatkan dakwaan itu sebagai “tidak masuk akal” kerana ia jelas satu cubaan untuk merosakkan kestabilan GRS sebagai gabungan dominan politik Sabah.

Beliau berkata, sedangkan hakikat kerjasama itu bertujuan mengelak pertembungan sesama sendiri yang hanya menyebabkan kerugian kepada kedua-dua parti, dan khususnya GRS.

“Kerjasama ini bukan satu ancaman, sebaliknya akan memperkukuhkan lagi kekuatan GRS, seterusnya kekal menerajui pentadbiran Sabah selepas PRN17, di bawah (Ketua Menteri) Datuk Seri Hajiji Mohd Noor,” tegasnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.