Kerjasama rakyat bantu negeri efisien tangani isu pelupusan sampah

1 Jun 2023 • 8:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 1 JUN: Kerjasama semua pihak terutama masyarakat setempat diperlukan pentadbiran Selangor dalam usaha mengatasi isu pelupusan sampah di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata rakyat perlu dididik untuk mempunyai kesedaran dan tidak hanya bergantung kepada kemajuan teknologi semata-mata.

“Kerajaan Negeri sedang berusaha menangani isu ini melalui pembangunan projek mengubah sisa kepada tenaga (WTE) di pusat pelupusan sampah sedia ada di Jeram. Pembinaan ini bukan segala-galanya.

“Isu ini bukan hanya pada teknologi dan kos pengurusan oleh negeri, tetapi pendidikan dan kesedaran rakyat juga perlu membantu,” katanya.

Beliau menjawab soalan berhubung perkara itu dalam sesi libat urus Rancangan Malaysia ke-12 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini hari ini.

Sebelum ini, EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata negeri meluluskan RM500 juta bagi pembangunan projek WTE fasa pertama, yang dikendalikan Worldwide Holdings Berhad.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved