Kerjasama Sabah, China lebih kukuh lonjak pembangunan

17 Jun 2025 • 10:14 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jonathan Nicholas

Kota Kinabalu: Sabah mempunyai potensi besar untuk kerjasama lebih kukuh dengan China dalam bidang teknologi pertanian, amalan penanaman lestari dan pemprosesan tambah nilai komoditi, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin.

“Dengan Malaysia mempengerusikan Asean pada 2025, kita berhasrat menerajui pertumbuhan serantau yang hijau dan bersepadu, di mana minyak sawit memainkan peranan penting.

“Pada 2024, perdagangan dua hala mencecah rekod sebanyak USD212.04 bilion, dengan eksport komoditi Malaysia ke China melebihi RM20 bilion, dengan minyak sawit menyumbang lebih separuh daripada jumlah itu. Ketibaan pelancong China juga dijangka berganda kepada 3.8 juta orang, mencerminkan hubungan rakyat-kepada-rakyat yang semakin erat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Dengan kepimpinan kukuh dan kerjasama berterusan, saya yakin hubungan Malaysia-China, khususnya di Sabah, akan terus diperkukuh pada masa akan datang,” katanya.

Chan menyatakan demikian ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-13 dan pelancaran pejabat baharu Persatuan Persahabatan Malaysia-China Sabah (MCFAS) di Taman Iramanis, pada Isnin, yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman.

Chan berkata sejak ditubuhkan pada 2012, MCFAS memainkan peranan penting dalam mempererat hubungan antara kedua-dua negara melalui perdagangan, pendidikan dan kebudayaan.

“Usaha anda, khususnya di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), telah membawa manfaat ekonomi yang bermakna kepada Sabah dalam bentuk pelaburan, pelancongan dan teknologi pertanian,” katanya.

Sementara itu, Presidennya, Dr Oh Ei Sun, memuji Tun Musa kerana menggalakkan penubuhan rasmi persatuan itu pada 2012 selepas membantu dalam menyambut ketibaan tetamu kenamaan (VVIP) dari China.

“Selepas 13 tahun, kami amat berbesar hati kerana Tun kembali bersama kita, melambangkan permulaan bab baharu dalam perjalanan persatuan ini.

“Pelancaran pejabat baharu hari ini bukan sekadar peningkatan dari segi fizikal, tetapi menandakan komitmen baharu untuk memperluaskan peranan kami dalam kerjasama Malaysia-China, khususnya di Sabah.

“Bergerak ke hadapan, kami berhasrat memperkukuh hubungan dengan rakan di China, menggalakkan pertukaran belia dan budaya, serta menjadikan premis ini sebagai hab dinamik untuk kerjasama,” katanya.

Dr Oh turut mengumumkan penubuhan Pakatan Borneo dengan Brunei, Sarawak dan Kalimantan untuk memperdalam kerjasama serantau dengan China.

“Kami amat menghargai semua rakan kerjasama dan mengalu-alukan sokongan berterusan dalam usaha memperkukuh akar umbi persahabatan Malaysia-China,” tambahnya.