
Kota Kinabalu: Kerjasama di antara Persatuan Bolasepak Sabah (Safa) dan Asian Supply Base (ASB) Sdn Bhd akan diteruskan untuk kebaikan sukan itu di negeri ini.
Ini susulan satu kunjungan oleh rombongan Safa diketuai penolong setiausaha agungnya, Azman Master kepada ketua pegawai eksekutif ASB, Japar Esteben di pejabatnya di Labuan, baru-baru ini.
Menurut Azman, perbincangan di antara dua pihak itu menyentuh mengenai program pelaksanaan Akademi Safa yang dijangka akan dilancarkan di Sandakan dalam masa terdekat.
“ASB merupakan salah satu penaja akademi itu dan kami mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka atas sumbangan dan penajaan pada masa lalu untuk membantu membangunkan sukan itu di negeri ini.
“Kami harap kerjasama strategik ini akan berterusan bagi memastikan rancangan untuk masa depan bola sepak dapat direalisasikan,” katanya.
Beliau juga berkata pelancaran akademi itu yang tertangguh akibat pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.
Turut hadir pada pertemuan itu ialah setiausaha eksekutif Safa, David Wisom, timbalan pengerusi jawatankuasa pertandingan tempatan Safa, Lokman Sunggim dan pegawai pentadbiran Malim Surat.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
