Kerjasama tingkat pendeposit Tabung Haji di Sabah

10 Dec 2022 • 2:11 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kementerian Tugas-tugas Khas dan Penyelarasan akan bekerjasama dengan Tabung Haji (TH) bagi memastikan ramai umat Islam di Sabah menjadi pendeposit di TH.

Menterinya, Datuk Ariffin Arif berkata, usaha itu bagi menyokong inisiatif TH dalam aspek dakwah haji sekali gus menggalakkan lebih ramai umat Islam mampu menunaikan haji pada masa akan datang.

Menurutnya, setakat ini TH Sabah mencatatkan sekitar 30.8 peratus iaitu 498,639 daripada 1.6 juta Muslim di Sabah adalah pendeposit TH manakala seramai 164,272 orang daripadanya pendaftar haji.