Kota Kinabalu: Kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal menambah baik dan meningkatkan ruang dalam bidang rehabilitasi, khasnya bagi mereka yang kehilangan upaya dan pekerjaan, kata Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Datuk Aziz Mohammed.
“Kerjasama strategik ini adalah untuk meluaskan perkhidmatan pengurusan hilang upaya, kemudahan rehabilitasi dan program perkhidmatan pekerjaan di UMS.
