Kerjasama UniKL-Turkiye perluas akses pendidikan antarabangsa

8 Nov 2026 • 12:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kerjasama UniKL-Turkiye perluas akses pendidikan antarabangsa

PETALING JAYA – Kerjasama strategik antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dengan dua universiti terkemuka di Turkiye menjadi langkah penting dalam memperluas akses pendidikan bertaraf antarabangsa serta memperkukuh keupayaan penyelidikan tempatan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama menerusi pertukaran dua Surat Kerjasama (LOC) dengan Sabancı University dan Yıldız Technical University (YTU) itu turut membuka peluang kepada pembangunan bakat berkemahiran tinggi.

Menurutnya, kerjasama dengan Sabancı University memberi tumpuan kepada pembangunan program akademik bersama, penyeliaan bersama di peringkat Doktor Falsafah (PhD) serta penyelidikan dalam bidang bahan termaju, teknologi digital dan tenaga.

“Kerjasama UniKL Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (MIMET) dengan YTU pula melibatkan bidang kejuruteraan marin, reka bentuk kapal dan penyelidikan teknologi maritim.

“Kerjasama ini bukan sekadar pertukaran dokumen, tetapi langkah strategik untuk memperluas akses pendidikan bertaraf antarabangsa, memperkukuh keupayaan penyelidikan tempatan dan melahirkan bakat yang mampu memenuhi keperluan industri masa hadapan,” katanya di media sosial.

Tambah Ahmad Zahid, ketika ini seramai 17 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) sedang mengikuti pengajian di Sabancı University dalam bidang kejuruteraan, mekatronik dan sains data.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian selepas menyaksikan pertukaran kedua-dua LOC berkenaan ketika lawatan rasmi ke Istanbul, Turkiye. – KOSMO! ONLINE

The post Kerjasama UniKL-Turkiye perluas akses pendidikan antarabangsa appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved