Kerosakan ELCB punca gangguan elektrik Klinik Kesihatan Balok

LocalHealth & Fitness
8 Jun 2026 • 9:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kerosakan ELCB punca gangguan elektrik Klinik Kesihatan Balok
Ketiadaan bekalan elektrik yang berlaku di Klinik Kesihatan Balok, Kuantan menimbulkan kesulitan kepada petugas kesihatan, pesakit dan penduduk setempat.
Image from: Kerosakan ELCB punca gangguan elektrik Klinik Kesihatan Balok
Klinik kesihatan Balok. Foto FB Ahmad Farhan

KUANTAN - Gangguan bekalan elektrik di Klinik Kesihatan Balok di sini berpunca daripada kerosakan komponen ELCB pada kotak agihan elektrik (DB Box).

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, kerja-kerja penggantian komponen berkenaan telah dilaksanakan bagi memulihkan semula bekalan elektrik di fasiliti terbabit.

“Saya mengambil maklum mengenai masalah ketiadaan bekalan elektrik yang berlaku di Klinik Kesihatan Balok.

"Ia menimbulkan kesulitan kepada petugas kesihatan, pesakit serta penduduk setempat yang mendapatkan perkhidmatan di fasiliti tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Bagi memastikan kejadian ini tidak berulang, beliau telah berhubung dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) agar satu penilaian menyeluruh dijalankan untuk mengenal pasti keperluan menaik taraf kemudahan dan infrastruktur di Klinik Kesihatan Balok.

**media[3544588]**

Jelasnya, langkah itu penting bagi memastikan fasiliti kesihatan tersebut berada dalam keadaan yang lebih baik dan mampu memenuhi keperluan masyarakat untuk jangka masa panjang.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada petugas kesihatan di klinik berkenaan yang terus komited menjalankan amanah dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan penduduk sekitar.

"Saya akan terus mengikuti perkembangan perkara ini dan memastikan segala tindakan yang sewajarnya dapat diselaraskan bersama pihak-pihak berkaitan demi kepentingan rakyat dan komuniti setempat," katanya.