Kerosakan lapan sekolah di Dungun dianggar RM1 juta

1 Feb 2024 • 9:29 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

DUNGUN: Sebanyak lapan sekolah di daerah Dungun terjejas teruk akibat banjir, dengan kerugian dianggarkan hampir RM1 juta.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Profesionalisme) Shafruddin Ali Husin berkata lapan sekolah terlibat termasuklah Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Raja, SK Kampung Shukor, SK Delong, SK Minda Talong, SK Jongok Batu, SK Tepus, SK Kuala Jengai dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Jengai.

Beliau berkata kerosakan membabitkan infrastruktur dan aset seperti perabot, buku dan peralatan mengajar.

“Kita telah kenal pasti lapan sekolah terjejas, tetapi paling teruk ialah SK Pasir Raja dan SK Kampung Shukor di Hulu Dungun.

“Jadi kita beri fokus untuk baik pulih dua sekolah ini, yang disaluti lumpur tebal dan kerosakan peralatan yang banyak,” katanya ketika ditemui selepas meninjau kerja-kerja pembersihan di SK Pasir Raja, di sini hari ini.

Shafruddin berkata kerja-kerja pembersihan di lapan sekolah dijangka mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan, dengan bantuan pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Selain agensi kerajaan dan anggota keselamatan, ramai juga sukarelawan dari badan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi yang datang membantu kerja-kerja pembersihan,” katanya. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved