Kerosakan otak punca anak ini lumpuh, buta dan bisu sepanjang hayat, perkongsian ibu Ilham undang sebak!

9 Jan 2024 • 6:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

TIDAK seperti kanak-kanak lain, Danish Ilham Norazla hanya mampu terbaring lemah sambil ditemani mesin bantuan pernafasan sepanjang hayatnya.

Remaja lelaki yang manja dipanggil Ilham tersebut pada awalnya disahkan mengalami masalah asma kronik ketika usianya empat tahun dan terpaksa berulang-alik ke hospital.

Cerita ibunya, Jurafni Musa, 46, sehingga kini hospital sudah menjadi rumah kedua mereka apabila putera kesayangannya memerlukan pemantauan berterusan.

“Masa Ilham berusia 10 tahun, sakit asmanya sudah berkurang dan dia boleh bermain dengan kawan-kawan seperti biasa. Saya sangkakan penyakitnya sudah pulih.

image is not available

“Namun, apa yang paling mengejutkan, Ilham diserang asma yang teruk ketika sedang bersekolah di sebuah tahfiz sehinggakan tidak sedarkan diri,” kata wanita itu.

Lebih mencemaskan, jantung anak sulung daripada dua beradik itu dikatakan berhenti berdegup ketika tiba di unit kecemasan hospital sehingga menyebabkan bantuan pernafasan diberi tanpa henti.

image is not available

Jurafni memberitahu, hanya ALLAH saja yang tahu perasaannya apabila dimaklumkan Ilham kembali bernafas semula, namun dia terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) selama 18 hari.

“Sepanjang tempoh itu, Ilham koma. Apa yang buat hati saya luluh bila doktor memberitahu peluang untuk dia pulih seperti sedia kala sangat tipis.

 

“Ini kerana oksigen tidak sampai ke otak dan menyebabkan Ilham mengalami masalah kerosakan otak sekali gus memberi risiko masalah kesihatan lain,” katanya kepada SinarPlus.

Sebagai seorang ibu, sudah tentunya beliau sangat mengharapkan keajaiban ILAHI supaya cahaya matanya kembali lincah dan periang seperti dulu.

image is not available

image is not available

Namun, Jurafni akur dan reda dengan ketentuan ALLAH apabila anak lelaki kini terlantar di atas katil. Ilham hanya mampu termenung kosong tanpa sebarang reaksi.

Berat Ilham semakin hari semakin menyusut. Apa yang lebih menyedihkan, anak syurga itu juga dikatakan lumpuh, buta dan bisu akibat kerosakan otak tersebut.

Bantuan dana

Kini, Ilham sudah pun berusia 15 tahun. Saban hari, si kecil itu memerlukan bantuan mesin pernafasan dan mesin susu khas demi kelangsungan hidup.

image is not available

Ujar ibu tabah itu, ketika ini Ilham juga perlu bergantung sepenuhnya dengan mesin khas untuk keluarkan kahak daripada paru-paru setiap tiga kali dalam sehari.

“Kadang-kadang, Ilham boleh kena sawan. Bukan sekali tapi empat kali. Hati saya memang tak tenang bila lihat nafas Ilham laju dan paras oksigen dalam badan menurun secara mengejut.

image is not available

“Sekarang ini pun, Ilham tak mampu nak menelan waima air liurnya sendiri. Sebab itu, dia bergantung kepada mesin susu khas dengan tiub ditebuk terus ke perutnya,” ujarnya yang masih berkampung di Hospital Serdang sejak lebih sebulan lalu.

image is not available

image is not available

Sebagai seorang suri rumah yang bergantung sepenuhnya dengan pendapatan suami yang tidak menentu membuatkan Jurafni runsing memikirkan kos perubatan yang perlu ditanggung.

Selain kos ubat dan modal berulang-alik ke hospital, soal lampin pakai buang dan susu khas juga perlu diambil kira.

image is not available

“Saya berdepan kekangan untuk bekerja kerana Ilham memerlukan penjagaan rapi dan kerap ke hospital jika diserang sawan atau mengalami masalah pernafasan.

“Justeru, saya memohon keprihatinan orang ramai supaya dapat membantu Ilham dari segi rawatan untuk jangka masa panjang,” katanya yang menanggung seorang lagi anak.

image is not available

Kepada pembaca SinarPlus yang prihatin, sumbangan dana bantuan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank 108225404211 atas nama Jurafni Bt Musa.

Moga Ilham cepat-cepat sembuh dan diberikan keceriaan dalam hidupnya. Percayalah, doa seorang ibu memang tiada hijabnya dan jangan mudah give up ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

View Original Article