Kerosakan Sistem PIES LRT Diatasi, Rapid Rail Giat Tangani Isu Operasi

28 Mar 2023 • 2:16 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Hasil siasatan Rapid Rail Sdn Bhd mendapati punca utama gangguan yang berlaku pada jam 6.38 petang itu adalah disebabkan satu daripada komponen ‘PIES’ tersangkut di bawah tren bernombor 63. - Gambar fail

KUALA LUMPUR – Gangguan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya semalam, akibat masalah sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang atau ‘Passenger Intrusion Emergency Stop’ (PIES) di Stesen Taman Bahagia, berjaya diatasi jam 9.40 malam pada hari sama.

Menerusi kenyataannya, Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan, hasil siasatan pihaknya mendapati, punca utama gangguan yang berlaku pada jam 6.38 petang itu adalah disebabkan satu daripada komponen ‘PIES’ tersangkut di bawah tren bernombor 63.

Katanya, ia menyebabkan tren tersebut terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan.

“Pihak operasi sudah mengaktifkan perkhidmatan tren dan bas perantara bagi membawa penumpang terjejas di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Asia Jaya.

“Sebagai langkah mitigasi, Rapid Rail kini sedang giat menjalankan kerja penambahbaikan ke atas beberapa isu lain yang terjadi sejak kebelakangan ini, supaya ia dapat dielakkan di masa hadapan,” katanya.

Menurutnya, antara penambahbaikan sedang dijalankan adalah menaik taraf sistem persemboyanan LRT dan ‘PIES’.

“Langkah penambahbaikan ini adalah untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna dan seterusnya, memberi perkhidmatan berkualiti untuk pengguna pengangkutan awam,” katanya. – Getaran, 28 Mac 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved