Kertas siasatan dakwaan pertukaran pegawai tinggi PDRM diserah ke AGC minggu ini

LocalPolitics
21 Aug 2024 • 12:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rusdi (tiga dari kiri) ketika sidang akhbar selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Kuala Lumpur pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berhubung laporan sebuah portal berkaitan pertukaran kepemimpinan tertinggi pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara (AGC) minggu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan berkaitan kes terbabit.

“Setakat ini seramai empat individu dipanggil termasuk tiga wartawan sebuah portal.

“Jadi, kertas siasatan akan diserahkan kepada AGC dalam minggu ini,” katanya ketika sidang akhbar selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Kuala Lumpur pada Rabu.

Portal dalam talian itu baru-baru ini menyiarkan artikel yang mendakwa beberapa pegawai kanan PDRM termasuk Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, akan ditukarkan ke agensi lain.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bagaimanapun menegaskan laporan itu tidak benar.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved