Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' dirujuk ke TPR

LocalPolitics
1 Feb 2024 • 5:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid (tengah). Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' di Istana Negara telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya sudah melengkapkan siasatan dan seramai 20 individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada TPR semalam (Rabu) dan kita masih menunggu keputusan pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

“Seramai 20 orang terdiri daripada saksi awam dan polis telah diambil keterangan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Pada Isnin lalu, Sinar Harian melaporkan polis telah merekod keterangan Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard bersama 14 individu lain bagi siasatan mengenai himpunan itu.

Allaudeen dilaporkan berkata, pihaknya sudah rakam keterangan daripada tujuh saksi awam dan lapan saksi polis.

Himpunan yang berlangsung pada 23 Januari itu dianjurkan oleh sekretariat Pembela Tanah Air (PETA).

Turut hadir ke perhimpunan berkenaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Syed Hassan Syed Ali.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved