
PETALING JAYA: Polis akan melengkapkan kertas siasatan berhubung kemalangan membunuh tiga penunggang motosikal di Kilometer 19.6 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah selatan di Kota Damansara di sini, semalam dengan secepat mungkin.
Ketua Polis Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata suspek berusia 26 tahun yang mengalami patah bahu dan dibebaskan dengan jaminan polis.
“Kita sekarang dalam proses siapkan kertas siasatan dan akan tuduh dalam masa terdekat. Setakat ini berdasarkan hasil ujian kita boleh sahkan kandungan alkohol dalam tubuh suspek (ketika kejadian) berada jauh lebih tinggi daripada kadar dibenarkan.
“Cuaca masa itu pun hujan dan jalan menurun. Pemandu berkenaan dipercayai melanggar pembahagi jalan dahulu sebelum merempuh motosikal terbabit,” katanya, menurut Harian Metro.
SPONSORED CONTENT Carlsberg Golf Classic 2023 Swings Back into Action: The Ultimate #NEXTGEN Golf Tournament Kuala Lumpur: – The Carlsberg Golf Classic (CGC) is back in June this year with the introduction of two digital golf legs to draw beginner golfers, who play off-course in indoor simulators, rebranding it as #NEXTGEN. Read more Semalam dilaporkan tiga penunggang motosikal maut manakala tiga lagi parah selepas dirempuh pemandu dipercayai mabuk di Kilometer 19.6 di NKVE.
Kejadian 5.59 pagi itu berlaku ketika cuaca hujan dan semua penunggang sedang berteduh di bawah jejambat.
Kemalangan itu mengakibatkan tiga maut dan tiga parah dengan semua mereka berusia antara 19 hingga 37 tahun.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah).
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
