Kertas siasatan kes bunuh Nur Farah Kartini siap sebelum Jumaat ini: Ketua Polis Selangor

24 Jul 2024 • 4:44 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pencarian bahan bukti di beberapa lokasi kejadian juga selesai dijalankan pihak polis setakat ini.

"Kertas siasatan dijangka diserahkan sebelum Jumaat ini susulan pencarian bahan bukti telah selesai dijalankan," katanya.

Terdahulu, Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menemui telefon pintar milik mangsa di dalam parti ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Beberapa hari kemudian, kunci kereta serta dompet milik ditemukan ketika polis melakukan pencarian bahan bukti di Sungai Trolak Kampung Batu 4, Perak.

Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu ditemukan mati di ladang kelapa sawit berkenaan pada 15 Julai lalu.

Susulan itu, polis menahan suspek yang juga anggota polis berpangkat Lans Koperal sehingga 29 Julai ini bagi siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - 24 Julai, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved