“Kerugian Kami Dianggar RM300K Lebih” – Hanya Beroperasi Setahun, Kafe Milik Ustazah Asma’ Umum Tutup

27 Feb 2024 • 10:51 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Untuk pengetahuan ramai, pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun yang sangat dikenali ramai mempunyai sebuah kafe miliknya yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan bernama Momen Kafe.

Umum tutup selepas setahun operasi

Biarpun baru setahun membuka kafe tersebut, Ustazah Asma’ membuat pengumuman bahawa kafe berkenaan akan berhenti beroperasi.

Ia susulan kafe tersebut tidak mendapat sambutan ramai, malah pendakwah itu memberitahu mereka hadapi rugi besar.

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ berkata harga bahan mentah juga kian meningkat dan ia antara salah satu faktor berlakunya kerugian dalam premis makanannya.

Tuan-tuan bayangkan, setahun kami bertahan, kerugian kami dianggarkan 300k lebih. kami tanyalah akauntan ada berapa duit dalam akaun. Dia jawab, ‘Ustazah, ada 2k’.

Keluarkan wang simpanan, jual aset

Bahkan, pendakwah selebriti itu mengakui terpaksa meminjam, mengeluarkan wang simpanan serta menjual beberapa asetnya bagi memastikan kebajikan pekerja terjamin.

Malah mengakui kesuntukan masanya mengendali kerja-kerja dakwah membuatkan dia hilang fokus pada perniagaan.

image is not available 4 months ago

"Dia Bagus Dan Hebat Urus Konflik" - Ustazah Asma' Harun Tegur Skrip 'Melampau' Drama Surat Dari Tuhan, Janna Nick Ada Hantar Mesej Mohon Maaf