Kerugian Pelaburan RM43.9 Juta: SPRM Serbu MoF, Khazanah, PNB & FashionValet Serentak, Vivy Yusof & Fadza Anuar Turut Disoal Siasat

LocalPolitics
4 Nov 2024 • 9:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dalam perkembangan terbaru kes kerugian pelaburan melibatkan jumlah RM43.9 juta, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menyerbu FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), Kementerian Kewangan (MoF), Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) secara serentak.

Menurut sumber, pasangan usahawan terkenal Datuk Fadzarudin dan Datin Vivy Yusof juga telah disoal siasat.

Dipercayai suami isteri pengasas e-dagang fesyen itu turut disoal siasat di premis FashionValet ketika serbuan dijalankan.

image is not available

Dalam pada itu, SPRM menerusi laman rasmi akaun media sosial Tiktok telah berkongsi video memaparkan sekumpulan pegawai memasuki ibu pejabat syarikat itu dan memeriksa beberapa dokumen.

Turut kelihatan, pasangan itu ‘bersoal jawab’ oleh penyiasat SPRM di salah satu pejabat berkenaan. Namun kedua-dua wajahnya dimozekkan.

@sprm.malaysia 4 November 2024 – SPRM bongkar kes di pejabat Fashionvalet berhubung pelaburan Khazanah dan PNB, hari ini #SPRMMalaysia #RasuahDihinaMaruahDibina #taatsetia ♬ original sound – SPRM Malaysia

Siasatan itu yang dilakukan selepas rakyat tudak henti-henti bersuara dan mempersoalkan kerugian tersebut, kini dijalankan mengikut Seksyen 18, Akta SPRM.

image is not available 3 days ago

Libatkan Dana Awam, SPRM Lancarkan Siasatan Kerugian Pelaburan RM43.9 Juta Khazanah & PNB Dalam FashionValet

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved