Kerugian Sebanyak RM110.3 Juta Akibat Jenayah e-Dagang Direkodkan Setakat Ini

LocalBusiness & Finance
11 Nov 2025 • 1:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Jenayah e-dagang di Malaysia menunjukkan peningkatan yang membimbangkan pada tahun 2025. Berdasarkan data daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Malaysia, sebanyak 12,297 kes telah direkodkan dari Januari hingga Oktober 2025. Hal ini kerana jenayah e-dagang yang turut merujuk kepada proses jual beli dalam talian antara penjual dan pembeli kini semakin terdedah kepada pelbagai bentuk penipuan.

image is not available

Peningkatan ini mencatat lonjakan sebanyak 97% berbanding tahun 2024 sekali gus menunjukkan betapa pentingnya usaha segera untuk memperkukuh langkah keselamatan dalam transaksi digital. Lebih mengejutkan, nilai kerugian yang direkodkan akibat jenayah e-dagang kini mencecah RM110.3 juta iaitu peningkatan sebanyak 105% berbanding tahun sebelumnya.

Angka ini bukan sahaja memberi kesan besar kepada pengguna malah turut menjejaskan keyakinan terhadap platform e-dagang tempatan. Justeru, pihak berkuasa menyeru orang ramai agar lebih berhati-hati semasa melakukan urus niaga dalam talian serta sentiasa merujuk kepada saluran rasmi untuk pengesahan maklumat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved