Kerusi DUN Lamag untuk Bersatu jika PN Sabah mahu bertanding PRK: Takiyuddin

LocalPolitics
6 Dec 2025 • 1:33 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) Sabah akan memutuskan sama ada untuk meletakkan calon bagi pilihan raya kecil negeri Lamag susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, semalam.

Menurut Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, jika PN memutuskan untuk bertanding di kerusi berkenaan maka ia akan diperuntukkan kepada Bersatu.

“Pada pilihan raya negeri Sabtu lalu, Bersatu yang bertanding di kerusi ini.

“Kita serah kepada PN Sabah buat keputusan nak letak calon atau sebaliknya. Sekiranya mahu bertanding, kerusi tersebut milik Bersatu,” katanya.

Penyandang kerusi DUN Lamag, Bung Moktar yang juga pengerusi BN Sabah, Bung Moktar, 66, meninggal dunia pada pukul 1.46 pagi, semalam. Bung Moktar juga merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan.

Beliau berjaya mempertahankan kerusi DUN berkenaan pada pilihan raya negeri baru-baru ini dengan majoriti 153 undi dalam pertandingan enam penjuru.

DUN Lamag mempunyai 13,859 pengundi berdaftar dan merupakan salah satu daripada tiga kerusi negeri dalam kawasan Parlimen Kinabatangan. - 6 Disember, 2025

The post Kerusi DUN Lamag untuk Bersatu jika PN Sabah mahu bertanding PRK: Takiyuddin appeared first on Scoop.