Kes 1MDB: Isu dikemuka peguam Najib telah dibicarakan - AGC

LocalPolitics
19 Dec 2025 • 4:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
AGC menegaskan semua isu dibangkitkan Najib dalam sidang media telah pun dibicarakan dalam kes 1MDB

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan semua isu yang dikemukakan pihak pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan media berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dibangkit dan dibicarakan sepanjang tempoh perbicaraan kes itu.

Dalam satu kenyataan, AGC memaklumkan isu berkenaan dibangkitkan pada perbicaraan yang berlangsung dari 28 Ogos 2019 hingga 4 Nov 2025.

Menurut AGC, jabatan itu kekal komited untuk menjalankan pendakwaan secara bebas, adil dan berintegriti.

"Keputusan yang dibuat sentiasa berlandaskan undang-undang serta bukti yang tersedia demi memastikan keadilan ditegakkan dan kepentingan awam sentiasa terpelihara,” menurut jabatan itu.

Keputusan di akhir kes pembelaan kes 1MDB akan disampaikan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah pada 26 Disember ini.

Semalam, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, telah mengadakan satu sidang media berhubung beberapa isu di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved