Kes 1MDB Najib tetap diteruskan - SPRM

LocalPolitics
19 Sep 2026 • 11:39 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kes 1MDB Najib tetap diteruskan - SPRM
Abd Halim. Foto Bernama

KAJANG - Status kes rasuah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak masih diteruskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walaupun bekas Perdana Menteri itu mendapat pengampunan bersyarat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, status siasatan kes berkenaan kekal seperti sedia ada dan tidak berubah buat masa ini.

Menurutnya, setiap kes perlu dikendalikan secara berasingan berdasarkan isu dan skop siasatan yang berkaitan.

“Setakat yang kita lihat, kes yang masih tertangguh kekal seperti sedia ada. Buat masa ini, status quo masih kekal.

"Sesuatu kes tidak boleh disamakan dengan kes lain kerana setiap siasatan melibatkan dakwaan serta isu yang khusus," katanya kepada pemberita pada Program Menembak SPRM Bersama Media di Penjara Kajang di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pengampunan bersyarat terhadap Najib memberi sebarang kesan terhadap siasatan kes 1MDB serta proses berkaitan dengannya.

Abd Halim menjelaskan, setiap siasatan dibuat berdasarkan perkara khusus termasuk isu yang sedang disiasat atau aduan yang diterima.

"Ia tidak boleh dianggap sebagai kes yang sama kerana siasatan dibuat berdasarkan perkara yang sedang disiasat berkaitan isu tertentu atau aduan yang diterima,” ujarnya.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri itu menerima pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang membolehkan baki hukuman dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat ditetapkan termasuk pembayaran denda RM50 juta.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64.

Najib, 73, sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta pada 28 Julai 2020.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved