Kes 1MDB: Saya akan terus tuntut hak, mohon rakyat kekal tenang – Najib Razak

LocalPolitics
26 Dec 2025 • 11:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

‘Saya akan terus tuntut hak…’

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menegaskan beliau akan terus menuntut haknya melalui saluran perundangan yang sah walaupun berdepan jalan yang sukar dan menuntut pengorbanan besar.

“Saya akan terus menuntut hak saya melalui saluran yang sah dengan maruah dan kesabaran walaupun jalannya sunyi dan menuntut pengorbanan yang besar,” katanya.

image is not available

Kenyataan bekas Menteri Kewangan itu dibacakan oleh peguamnya, Tan Sri Mohamed Shafee Abdullah, pada sidang media di Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah atas kesemua empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Apapun keputusan hari ini, saya tetap yakin kepada proses kehakiman negara,” katanya.

image is not available

Saya akan terus tuntut hak…

Dalam kenyataan yang sama, Najib turut menyeru orang ramai agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi yang boleh menjejaskan keharmonian serta menghina proses perundangan.

“Saya memohon semua rakyat Malaysia agar kekal tenang, rasional dan berhemah… perbezaan pandangan harus dizahirkan secara matang, tertib dan berlandaskan undang-undang,” katanya.

image is not available

Artikel lain: Kes 1MDB: SPRM kekal berperanan tanpa rasa takut, pilih kasih dan berfakta – Azam Baki

Najib juga meluahkan perasaannya apabila merasakan seolah-olah menghadapi kes ini secara bersendirian, namun tetap bertekad untuk meneruskannya atas dasar prinsip.

“Apa yang saya tuntut hanyalah hak yang diperuntukkan oleh undang-undang dan apa yang telah diperkenankan.
“Niat saya tidak pernah berubah untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya lagi.

Dalam sidang media sama, Mohamed Shafee mengesahkan pihaknya akan memulakan proses rayuan pada Isnin depan.

Sumber: Astro Awani (Seth Akmal)