Kes 1MDB: Suapan RM2.3 bilion, Najib bersalah guna kedudukan

LocalPolitics
26 Dec 2025 • 4:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah terhadap tuduhan pertama menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Collin Lawrence Sequerah yang bertindak selaku Hakim Mahkamah Tinggi, selepas mendapati pembelaan bekas Ahli Parlimen Pekan itu gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

image is not available

Najib bersalah guna kedudukan

Menurut penghakiman, mahkamah berpuas hati bahawa tertuduh telah menggunakan kedudukan awamnya untuk mendapatkan suapan berkenaan, sekali gus mensabitkan beliau atas pertuduhan tersebut.

image is not available

Artikel lain: Kes Najib Razak: AGC nafi, keputusan Mahkamah Tinggi tak kurangkan kuasa pengampunan Diraja

Tuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

image is not available

Berikutan sabitan tersebut, Najib berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika didapati bersalah pada peringkat hukuman.

Sumber: BH Online (Ahmad Johari Mohd Ali)