Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Temerloh, Mohd Azhar Mohd Yusoff pada 7 September 2023 telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan atas pertuduhan 46 kes rasuah.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Ketua Polis Daerah Temerloh Berdepan 46 Tuduhan Rasuah
Mahkamah perintah bekas OCPD Temerloh bela diri berhubung 46 pertuduhan rasuah
Terbaharu, mahkamah telah mengarahkan Mohd Azhar untuk membela diri bagi pertuduhan melibatkan wang bernilai RM69,600 tanpa balasan antara Mac 2019 sehingga Januari 2023.
Keputusan tersebut dibuat Hakim Sazlina Safie sebaik mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie ke atas bekas OCPD berkenaan di akhir kes pendakwaan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Polis Daerah Di Pahang Ditahan SPRM Kerana Disyaki Terima Rasuah Lebih RM1 Juta
Kesemua 46 pertuduhan rasuah ke atas tertuduh dikemukakan teratur dan sah
Memetik laporan Sinar Harian, Sazlina dalam penghakimannya mengatakan mahkamah mendapati kesemua 46 pertuduhan yang telah dikemukakan ke atas Mohd Azhar adalah teratur serta sah.
Selain itu ia juga tidak melanggar Seksyen 164 Kanun Tatacara Jenayah atau Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah puas hati dengan pihak pendakwaan kerana berjaya buktikan kes prima facie
Kata Sazlina lagi, mahkamah juga berpuas hati kerana pihak pendakwaan juga berjaya membuktikan kes prima facie sebaik penilaian maksimum dilakukan ke atas keseluruhan kes pendakwaan termasuk keterangan daripada 20 saksi pendakwaan.
“Mahkamah juga memutuskan bahawa anggapan di bawah Seksyen 53 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah terpakai terhadap tertuduh.
“Sehubungan itu, tertuduh diperintahkan membela diri bagi kesemua 46 pertuduhan utama yang menyangkal anggapan terhadap pertuduhan yang dikenakan,” jelasnya.
Prosiding pembelaan kemudiannya ditetapkan oleh mahkamah pada 19 Ogos depan. Mohd Azhar juga memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah di kandang saksi.





