Kes Abang Bas: Fahmi Persoal Kenapa TikTok Benarkan Akaun Beroperasi Begitu Lama

LocalPolitics
6 Sep 2024 • 3:08 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) akan mengenal pasti pihak lain yang didapati melakukan kesalahan dalam video pemandu bas tular merakam murid perempuan dalam kenderaan itu.

image is not available

Foto: X JatIkhwan

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, beliau sudah berhubung dengan TikTok pagi tadi dan pihak aplikasi tersebut memberikan kerjasama baik terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Bila saya meneliti komen dalam kandungan berkenaan, ia agak merisaukan…Kita tak tahu berapa banyak akaun lain yang sama seperti akaun ini yang ada dalam TikTok.

“Di sini saya lihat platform media sosial perlu memberikan kerjasama yang lebih kepada pihak berkuasa,” katanya.

Fahmi mengulas isu tersebut pada sidang media selepas Persidangan Perundangan Antarabangsa Kemudaratan dalam Talian 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

image is not available

Foto: Berita Harian

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya sedang membina kod tata laku bersama platftom media sosial.

“Pusingan pertama perbincangan sudah dimulakan Selasa lalu. Saya jangka perbincangan ini akan berterusan dan menjelang hujung Oktober atau November, ia akan selesai dibangunkan,” ujarnya.

Fahmi berkata, beliau bersama timbalannya Teo Nie Ching sudah mengadakan pertemuan dengan platform sosial media sebanyak 21 kali dalam tempoh dua tahun lalu bertujuan meminta platform sosial media mengubah cara mereka dalam berurusan dengan scam dan menangani isu siber buli.

Sumber: Berita Harian (Farah Marshita Abdul Patah)