Kes Ahmad Zahid: Tiada sebarang arahan kepada AGC - PM Anwar

Politics
8 Sep 2023 • 4:47 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kes Ahmad Zahid: Tiada sebarang arahan kepada AGC - PM Anwar

zulfadli

08/09/2023 - 16:47

KUALA LUMPUR 8 Sept - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak memberi sebarang arahan kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berhubung keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Katanya selaku Perdana Menteri, beliau tahu kesan daripada keputusan yang dibuat oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap kestabilan politik dan negara tetapi akur dengan penjelasan Idrus yang tidak mahu melepaskan tanggungjawab dalam menguruskan kes itu kepada penggantinya.

"Saya nak jelaskan, tidak ada arahan kepada Peguam Negara. Dia terlibat dalam meneruskan pendakwaan… kemudian dia baca dokumen bocor yang ditulis oleh AGC yang menyatakan tak bersetuju dengan pendakwaan.

"Tentunya sebagai Perdana Menteri, saya tahu kesan daripada tuduhan yang dilemparkan susulan keputusan tersebut, malah saya terpaksa tanya panjang lebar kepada Peguam Negara kenapa keputusannya begitu serta kenapa sekarang,?" katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Seri Petaling dekat sini hari ini.

Isnin lepas, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik Yayasan Akalbudi, lapor Bernama.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat itu. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved