Kes Amang Seksual: Hukuman PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun Penjara

LocalPolitics
19 May 2025 • 3:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan rayuan bekas pendakwah selebriti, PU Azman, untuk menjalani hukuman penjara selama 12 tahun secara serentak, berbanding hukuman asal 24 tahun, atas dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki.

Memetik laporan Kosmo! Online, Hakim Datuk Seri Shamsulbahri Ibrahim memutuskan demikian selepas meneliti segala hujahan termasuk bertulis yang dikemukakan pihak perayu dan pendakwaan.

image is not available

Berkenaan hukuman masing-masing 12 tahun bagi dua pertuduhan (amang seksual fizikal). Saya dapati asalkan kes ini berjalan serentak dan melibatkan saksi serta kejadian sama dan sebagainya, oleh demikian saya dapati hukuman perlu dijalankan serentak.

 

Jadi, saya benarkan hukuman berjalan serentak selama 12 tahun dan dua (hukuman) sebatan dikekalkan.

image is not available

Menurut pertuduhan, PU Azman didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 17 tahun ketika kejadian, di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang, pada pukul 12.15 tengah malam dan 1 pagi, masing-masing pada 20 Februari dan 29 Jun 2022.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

image is not available 5 months ago

"Hukuman Penjara Berjalan Serentak Selama 24 Tahun, Cuma Jumlah Sebatan Bertambah" - Peguam PU Azman