
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada Ahad (11 Mei) lalu, masyarakat digemparkan dengan tragedi kemalangan menyayat hati membabitkan seeekor anak gajah yang maut dilanggar oleh sebuah lori muatan ayam.
Dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, anak gajah jantan tersebut dikatakan keluar dari kiri bahu jalan hutan berkenaan.
Apa yang menjadi perhatian adalah video tular selepas insiden berkenaan menunjukkan seekor gajah betina yang dipercayai ibu kepada haiwan tersebut seakan meratapi pemergian anaknya itu.
Dia dilihat langsung tidak berganjak malah hanya cuba menolak selain tunduk merenung kenderaan besar itu sambil menanti anaknya diselamatkan.
Kejadian menyayat hati itu nyata menyentuh hati ramai apatah lagi ia berlaku ketika seluruh dunia sedang meraikan Hari Ibu.
Malah, ada yang turut mengecam pemandu lori terbabit yang berusia 28 tahun itu dan mempersoal cara pemanduannya ketika kejadian.
Gadis Mengaku Anak Pemandu Lori Mohon Henti Kecaman Terhadap Bapa
Terbaharu, seorang pengguna TikTok yang mengaku bahawa dia adalah anak kepada pemandu lori ayam yang terlibat meminta orang ramai untuk berhenti mengecam bapanya atas insiden berkenaan.
Perkara itu dikongsikan olehnya menerusi satu hantaran di TikTok @lyyzzaaz semalam (12 Mei).
“Saya di sini sebagai anak kepada pemandu lori ayam sedang viral, saya merayu kepada semua, tolong berhenti kecam ayah saya,” tulisnya.
Gadis Dedah Bapa Turut Turut Terkesan Dengan Kemalangan, Bukan Seorang Yang Kejam
Malah, dia turut menjelaskan keluarganya turut terkesan dengan kejadian tersebut dan menyifatkan bapanya bukanlah seorang yang kejam.
“Kejadian ini adalah satu kemalangan yang sangat menyedihkan untuk kami sekeluarga.
“Ayah saya bukan orang kejam dan dia sendiri sangat terkesan dengan apa yang berlaku.
“Tak ada siapa yang hendak perkara ini terjadi, kami mohon ruang dan doa, bukan kebencian,” tulisnya lagi.
Malah, di ruangan komen, dia turut menafikan yang ayahnya ada bergelak ketawa selepas insiden berlaku seperti yang didakwa setengah pihak.

BuzzKini cuba menghubungi pengguna TikTok berkenaan bagi mendapatkan kesahihan namun sehingga kini tiada respon dari pengguna terbabit.
Masing-Masing Beri Pendapat Tersendiri, Ada Yang Sokong, Ada Juga Yang Persoal
Perkongsian yang telah mendapat lebih 930,000 tontonan nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang melontarkan pendapat sendiri sebaik membaca kenyataan tersebut.
Ada yang mempersoal tindakan pemandu lori berkenaan yang didakwa gelak ketika kejdian berlaku.
Namun, ada yang berpendapat mungkin dia berbuat demikian sebagai cubaannya untuk mengawal rasa takut.
Pada masa sama, ada juga yang mempersoalkan kebenaran kenyataannya itu memandangkan pemandu lori ayam yang terlibat dengan insiden berkenaan baru sahaja berusia 28 tahun.
Walau bagaimanapun, ada pengguna media sosial yang seakan memahami keadaan pemandu lori berkenaan dan meletakkan situasi si pemandu lori pula yang maut akibat gajah berkenaan.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Ayah Awak Gelak-Gelak Dik, Dekat Situ Dah Tunjuk Dia Takde Empathy Dengan Apa Yang Dah Jadi”

“Saya Tak Pernah Salahkan Pemandu Lori, Haiwan Is Haiwan Tapi Cukuplah Pak Cik Tu Selamat, Dia Manusia Yang Perlu Cari Makan”

“Kalau Lori Tu Laju, Berkemungkinan Lori Masuk Ke Gaung Sebab Tepi Tu Gaung, Tengok Keadaan Tu Pun Korang Boleh Nilai”

“Yeke Ayah? Kenapa Ayah Muda Sangat Umur 28? Akak Umur Berapa”

“Ayah Awak & Sahabatnya Dah Buat Terbaik Dik, Abaikan Mulut Manusia Jahat”

Baca Artikel Berkaitan: “Kesian Nampak Macam Sedih” – Gajah Masuk Ke Kawasan Perumahan Di Kluang Buat Ramai Sayu [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Gajah Mengamuk & Rosakkan Kereta Gara-Gara Rider Tidak Sabar Buat Ramai Geram [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Gajah Angkat Belalai Seolah Ucap Terima Kasih Beri Laluan Lintas Jalan [Video]
Source:


