Kes Anjing Serang 5 Individu Di Baling: Pemilik Setuju Lupus Dua Ekor Anjing Rottweiler

3 Apr 2025 • 9:54 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Pada Selasa (1 April) lalu, media melaporkan lima individu cedera akibat diserang oleh dua ekor anjing jenis baka Rottweiler di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, Baling, Kedah kira-kira jam 5.45 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Azmi Mokhtar, kejadian berlaku selepas dua ekor haiwan berkenaan terlepas dari rumah pemiliknya.

Insiden itu nyata menarik perhatian ramai khususnya penduduk setempat yang menuntut anjing berkenaan dikeluarkan dari taman perumahan malah ada yang mendakwa itu bukanlah insiden kali pertama.

Menurut mereka ini kerana haiwan itu juga merupakan anjing yang sama yang menyerang seorang lelaki pada tahun 2023.

Malah, Persatuan Haiwan Malaysia pula berpendapat setiap anjing yang dipelihara perlu menjalani latihan Good Canine Citizen agar haiwan berkenaan mempunyai tahap obedient yang tinggi serta dapat membezakan ancaman atau bukan sekiranya terlepas dan berhadapan dengan manusia.

DUA ANJING BERPEMILIK SERANG LIMA ORANG DENGAN SEORANG DARIPADANYA PARAH Lima individu diserang dua ekor anjing jenis…

Posted by Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association on Tuesday 1 April 2025

Pemilik Setuju Lupus Dua Ekor Anjing Rottweiler Peliharaan

Terbaharu, pemilik dua ekor anjing Rottweiler yang menyerang dan menggigit lima individu bersetuju untuk melupuskan haiwan peliharaannya menerusi kaedah ditidurkan.

Menurut Pegawai Daerah Baling, Yazlan Sunardie Che Yahya, keputusan itu dicapai selepas hasil pertemuan di antara pemilik anjing yang berusia 59 tahun dan pihak berkuasa berkaitan semalam (2 April).

“Kedua-dua anjing itu diserahkan kepada Pejabat Veterinar Baling untuk dilupuskan secara ditidurkan mengikut prosedur,” katanya yang dipetik daripada Bernama

Panas2 kejadian hari raya ke2 Kes anjing gila gigit jiran sampai masuk wad. Gambar di ruangan komen #reelschallenge

Posted by Muhammad Ahyad on Tuesday 1 April 2025

Pemilik Turut Dikenakan Kompaun, Pelihara Tanpa Lesen

Pada masa yang sama, Majlis Daerah Baling turut mengeluarkan dua kompaun kepada pemilik berkenaan atas kesalahan memelihara anjing tanpa lesen.

Terdahulu, polis telah mengambil keterangan pemilik anjing tersebut bagi membantu siasatan susulan insiden serangan haiwan peliharaan miliknya.

Malah, pihak polis juga turut menerima lima laporan daripada mangsa yang berusia 50 hingga 66 tahun yang dibuat oleh mangsa dan ahli keluarga mereka bagi membantu siasatan.

Kertas Siasatan Turut Dibuka Di Bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan

Kertas siasatan berhubung kejadian ini juga telah dibuka di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan kerana cuai melepaskan anjing di tempat awam.

Namun, tiada tangkapan yang dibuat dan pihak polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Anjing Rottweiler Tersenarai Sebagai Baka Anjing Diterhadkan Di Malaysia

Untuk info, anjing jenis Rottweiler tersenarai sebagai antara baka anjing yang diterhadkan di Malaysia.

Berdasarkan hantaran di Facebook Jabatan Perkhidmatan Veterinar, anjing Terhad adalah anjing yang kebiasaannya dilatih untuk menjalani tugas-tugas tertentu contohnya seperti anjing tentera, polis dan kastam.

Mereka bertindak mengikut arahan dan ada sesetengah daripada baka Terhad ini tidak dilatih namun mempunyai sifat semulajadi mengikut arahan pemilik.

Kebiasaannya, anjing dalam kategori Terhad ini tidak dipelihara sebagai haiwan kesayangan namun bertindak mengawal harta (persendirian atau individu) sebagai anjing tugasan (working dogs).

Tahukah anda? Ini merupakan baka anjing yang diterhadkan di Malaysia. Untuk pengetahuan anda, anjing Terhad adalah…

Posted by Jabatan Perkhidmatan Veterinar on Thursday 31 October 2024

Source: