Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan bebas dari kesemua 4 pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).
Mahkamah Persekutuan di Putrajaya menyampaikan keputusan akhir berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq itu harini selepas keputusan kes ditangguhkan pada 30 Jun lalu, apabila seorang daripada tiga hakim panel terbabit mengambil cuti sakit.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan membabitkan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Mahkamah membuat keputusan majoriti 2-1, dengan Hakim Che Mohd Ruzima Ghazali dan Collin Lawrence Sequerah membentuk majoriti, manakala Abu Bakar Jais memberikan keputusan berbeza. Syed Saddiq dilihat tenang ketika keputusan dibacakan.
Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali yang ketika itu Penolong Bendahari ARMADA melakukan pecah amanah terhadap dana ARMADA berjumlah RM1 juta di CIMB Bank Berhad, KL Sentral pada 6 Mac 2020.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun, sebatan dan denda.
Selain itu, Syed Saddiq turut berdepan pertuduhan menyalahgunakan RM120,000 milik ARMADA Bumi Bersatu Enterprise mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda.
Beliau juga dituduh melakukan dua transaksi pengubahan wang haram iaitu memindahkan RM50,000 ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang sabit kesalahan boleh dipenjara 15 tahun serta denda lima kali nilai terbabit.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

(TERKINI) Keputusan Rayuan Kes Penyelewengan Dana ARMADA Syed Saddiq
The post (KES ARMADA) Syed Saddiq Dibebaskan Daripada Semua Pertuduhan Penyelewengan – Mahkamah Persekutuan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






