Kes bahan api hilang di pangkalan udara, tiga anggota polis antara enam ditahan

18 Jul 2024 • 9:34 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 18 JULAI: Enam individu termasuk tiga anggota polis berpangkat rendah ditahan kerana disyaki terlibat dalam insiden kehilangan bahan api jenis kerosin JET-A1 di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini Selasa lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kehilangan bahan api itu pada 15 Julai.

Beliau berkata susulan laporan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah jenayah.

“Siasatan yang dijalankan membawa kepada siri tangkapan ke atas enam lelaki berumur antara 31 dan 55 tahun sehari kemudian.

“Pihak polis mengesahkan tiga daripada enam tangkapan merupakan pegawai rendah polis yang bertugas di Pangkalan Udara Semenanjung PDRM,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hussein berkata kesemua suspek direman antara dua hingga tujuh hari bermula dari tarikh tangkapan.

— BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved