
Kota Kinabalu: Jumlah kes baharu Covid-19 di Sabah turun di bawah paras 100 kepada 94 pada Selasa, berbanding 101 kes pada hari sebelumnya.
Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata kali terakhir Sabah merekodkan angka dua digit ialah pada 21 Jun tahun ini.
Beliau berkata Kota Kinabalu merekodkan jumlah tertinggi dengan 38 kes, diikuti Beaufort (8), Lahad Datu (8), Papar (7), Kota Marudu (6) dan Tuaran (5).
“Kadar positif yang jauh lebih rendah iaitu 6.51 peratus pada Selasa berbanding 9.96 peratus hari sebelumnya menyumbang kepada penurunan kes walaupun bilangan sampel ujian lebih tinggi.
“Sepuluh daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu,” kata Masidi dalam kenyataan, Selasa.
Beliau berkata 93 daripada 94 kes adalah kategori satu dan dua jangkitan, manakala satu kes dalam kategori empat.
Tiada kematian atau kluster baru dikenal pasti.
Masidi berkata, bilangan pesakit Covid-19 sembuh pada Selasa ialah 150 menjadikan jumlah kumulatif 388,416 orang.
“Seramai 191 pesakit sedang menerima rawatan di hospital. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 10 orang iaitu lapan orang di ICU/(repurposed critical care) dan dua di wad terbuka manakala dua lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

![[VIDEO] PRU15: Warisan tanding semua kerusi di Sabah termasuk Labuan](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)
