Kes Bekas Pegawai Kanan Tinggi Polis, Isteri Dirujuk Ke Timbalan Pendakwa Raya

11 Mar 2023 • 3:37 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Azmi Abu Kassim berkata pihaknya telah hantar kertas siasatan dan pihak pendakwa raya memerlukan masa untuk meneliti kes berkenaan - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berhubung kejadian melibatkan seorang bekas pegawai kanan tinggi polis dan  isterinya, yang rakaman video berkenaan tular di media sosial baru-baru ini telah dihantar dan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata pihaknya masih menunggu maklum balas pihak berkenaan.

“Kami telah hantar (kertas siasatan) dan mereka (pihak pendakwa raya) memerlukan masa untuk meneliti kes berkenaan. Oleh itu, polis masih menunggu maklum balas mereka,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Town Hall Discussion Sempena Hari Polis ke-216 ‘Keselamatan Jalan Raya: Isu Kesesakan Lalulintas’ di KL Wellness City di Bukit Jalil di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes siasatan pertelingkahan seorang bekas pegawai kanan tinggi polis dan isterinya yang tular baru-baru ini.

Mengulas mengenai perkembangan siasatan kes penemuan 13 naskhah al-Quran dipercayai sengaja dibuang dalam longkang berhampiran tasik lombong di Jinjang, di sini pada 19 Feb lepas, Azmi berkata kes berkenaan masih dalam siasatan.

“Setakat ini, belum ada suspek tertentu terlibat kerana polis sedang mencari dan mengenal pasti suspek,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved