Kes bot 'langgar lari': Tekong tertidur, pemilik bot setuju ganti rugi RM10,000

2 Jul 2026 • 1:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kes bot 'langgar lari': Tekong tertidur, pemilik bot setuju ganti rugi RM10,000
Gambar tular memaparkan kejadian membabitkan sebuah bot kelas C yang disyaki melanggar sebuah bot kelas A sebelum melarikan diri di perairan Pulau Kapas.

​KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu sedang menyiasat insiden membabitkan sebuah bot kelas C yang disyaki melanggar sebuah bot kelas A sebelum melarikan diri di perairan Pulau Kapas.

​Kejadian itu mula mendapat perhatian selepas satu rakaman video mengenainya tular di media sosial pada Rabu.

​Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, siasatan berhubung kejadian telah dijalankan bagi mengenal pasti identiti bot yang terlibat serta mengumpul bukti berkaitan.

​Menurutnya, siasatan awal mendapati insiden berpunca daripada tekong bot kelas C yang dipercayai tertidur semasa mengendalikan vesel berkenaan.

​"Keadaan itu menyebabkan bot yang dipandunya hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang bot kelas A.

​"Bagaimanapun, dalam insiden tersebut tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku melibatkan kru bot kelas A," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

​Mengulas lanjut, Hamiludin berkata, tiada sebarang laporan polis dibuat oleh pemilik bot kelas A berhubung kejadian berkenaan.

​Bagaimanapun, kedua-dua pihak dilaporkan telah mencapai penyelesaian secara baik.

​"Pemilik bot kelas C telah bersetuju untuk menanggung sepenuhnya kos pembaikan bot kelas A yang mengalami kerosakan dengan anggaran nilai sebanyak RM10,000," jelas beliau.

​Dalam pada itu, Maritim Malaysia menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk kecuaian ketika mengendalikan vesel kerana ia boleh mengundang risiko besar kepada keselamatan nyawa di laut.

​Beliau turut mengingatkan para pengendali bot supaya sentiasa memastikan diri berada dalam keadaan cergas, mendapat rehat yang mencukupi, dan memberikan tumpuan sepenuhnya semasa mengemudi.

​"Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan pemantauan serta penguatkuasaan di perairan negeri ini bagi memastikan tahap keselamatan pelayaran sentiasa terpelihara," katanya lagi.

"​Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu di talian 013-7464357 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera," ujarnya.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved