Enam pelajar lelaki Tingkatan Empat yang direman berhubung kes buli di sebuah sekolah menengah di Pasir Mas, di Kelantan minggu lalu telah dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi.
Kes buli londeh seluar junior

Foto: Gambar Google
Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, berkata pembebasan itu dibuat sementara menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan.
“Tempoh tahanan reman keenam-enam pelajar berakhir hari ini, dan mereka dilepaskan dengan jaminan polis terlebih dahulu,” katanya.
Terdahulu, kes berkenaan mendapat perhatian selepas enam pelajar ditahan kerana disyaki terbabit dalam insiden memukul seorang pelajar Tingkatan Tiga serta melondehkan seluar mangsa hingga menyebabkan kecederaan.

Kesemua suspek ditahan pada Selasa lalu, sehari selepas kejadian berlaku sebelum direman selama enam hari bagi membantu siasatan.
Sumber: Berita Harian (Nor Fazlina Abdul Rahim)
The post Kes Buli Londeh Seluar Junior, Enam Pelajar Dibebaskan Dengan Jaminan Polis appeared first on Borak Daily.


