Kes Buli Pelajar Kolej Vokasional, 13 Remaja Lelaki Didakwa Di Mahkamah Majistret

2 Apr 2024 • 12:22 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

13 remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Lahad Datu atas pertuduhaan membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di Kolej Vokasional di Lahad Datu, Sabah bulan lepas.

Kesemua remaja yang berusia antara 16 hingga 19 tahun itu dituduh bersama-sama membunuh Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan.

image is not available

Foto: Harian Metro

Kejadian tersebut berlaku di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada 21 Mac dan 22 Mac lepas kira-kira 9 malam hingga 7.38 pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun namun tidak melebihi 40 tahun dan tidak lebih 12 sebatan.

13 remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret

image is not available

Foto: Utusan

Prosiding kes ini berlangsung secara tertutup di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani pada 9 pagi dan hanya keluarga tertuduh dibenarkan berada di bilik bicara kerana melibatkan kes juvana.

Dalam pada itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao sementara dua tertuduh diwakili peguam Amirul Amin Rashid serta Kamarudin Mohmad Chinki manakala 11 tertuduh lain tidak diwakili peguam.

image is not available

Foto: MalaysiaGazette

Sementara itu, mahkamah menetapkan 16 Mei ini sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia serta bedah siasat diserahkan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Sumber: Bernama