Kes Buli UPNM: Kerajaan Tidak Tolak Ansur Budaya Samseng – PM

LocalPolitics
1 Nov 2024 • 2:52 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan budaya samseng dan buli yang berlaku pada semua peringkat sistem pendidikan negara.

image is not available

Foto: thesun

Menurut laporan Astro Awani, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, budaya membuli atau disebut sebagai gengsterisme tidak diizinkan sama sekali dalam pendidikan, namun begitu beliau menganggap perkara itu hanya berlaku dalam kelompok kecil manusia.

Anwar memberi kenyataan selepas tularnya insiden seorang pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi yang dikatakan menjadi mangsa buli dan dera oleh seorang penuntut senior.

“Ini saya nak anak-anak memahami (budaya samseng) hanya dalam kelompok kecil dan bukan keseluruhan mahasiswa. Tetapi budaya itu tidak mengizinkan.

“Ini budaya samseng, buli, gengsterisme… dalam sistem pendidkan kita di sekolah-sekolah kebangsaan, sekolah Cina, sekolah Tamil, Maahad Tahfiz atau sekolah agama.

“Ini menyebut ada kegilaan kerana kita bicara soal ilmu dan ritual, serta akhlak dan nilai. Kita ada disiplin ketenteraan tetapi tidak tahu disiplin,” katanya dalam Program Temu Anwar di UPNM, pagi tadi.

image is not available

Foto: Astro Awani