Kes bunuh Cyberjaya: dua suspek didakwa esok

9 Jul 2025 • 7:28 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Dua individu disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang penuntut universiti swasta di Cyberjaya, pada bulan lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, esok.

Menurut Ketua Polis Sepang, Norhizam Bahaman, suspek lelaki dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala suspek wanita dituduh di bawah Seksyen 109/302 Kanun Keseksaan kerana bersubahat.

Sementara dua lagi, katanya, dibebaskan.

Beliau memberitahu, pihaknya telah selesai menjalankan siasatan berhubung kes bunuh tersebut dan Timbalan Pendakwa Raya Selangor mengeluarkan arahan pertuduhan terhadap suspek lelaki dan wanita tersebut.

Mangsa yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi dan berasal dari Sarawak ditemukan maut di unit kondominiumnya di Cyberjaya pada 10 pagi, 24 Jun.

Mangsa dilaporkan tinggal seorang diri selepas lima rakan serumahnya pulang bercuti sejak 21 Jun.

Berikutan itu, polis menahan empat individu termasuk rakan serumah mangsa dan teman lelakinya. - 9 Julai, 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved