Kes Bunuh Farah Kartini: Tertuduh Minta Dibicarakan Di Mahkamah Tinggi

LocalPolitics
12 Jun 2025 • 12:25 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tertuduh kes bunuh penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah pada Julai tahun lalu memohon agar kesnya dibawa ke Mahkamah Tinggi, hari ini.

Tertuduh minta kes dibawa ke Mahkamah Tinggi

image is not available

Foto: Kosmo

Memetik laporan MalaysiaGazette, tertuduh yang merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal, Muhammad Alif Monjani, 27, hanya menngangguk faham dan tiada pengakuan dapat direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Khadijah Idris.

Difahamkan mengikut pertuduhan, Muhammad Alif telah membunuh Nur Farah Kartini di Ladang SKC Kledang, Mukim Hulu Bernam, Hulu Selangor, pada jam 6 petang antara 10 hingga 15 Julai 2024.

Sekiranya disabitkan kesalahan tertuduh boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta dikenakan 12 sebatan.

image is not available

Kes bunuh terhadap Farah Karthini boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor menetapkan 28 Mei bagi arahan izin memindahkan kes anggota polis berpangkat rendah itu ke Mahkamah Tinggi di Shah Alam.

Sehubungan itu, prosiding hari pertama selepas kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maizatul Munirah Abdul Rahman manakala tertuduh diwakili peguam Aida Zainuddin dan Aida Jaafar.

Untuk info, Mahkamah Tinggi telah menetapkan bahawa 15 Julai ini sebagai tarikh sebutan kes terhadap jenayah bunuh Nur Farah Karthini.

Sumber: MalaysiaGazette (Nizam Zain)