
Hari ini, Muhammad Alif Monjani didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh bekas penuntut UPSI, Nur Farah Kartini pada 10 Julai lalu.
Menurut peguam bela, Nur Aida Md Zainuddin keluarga tertuduh masih memberikan sokongan terhadapnya dan hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu hari ini.

Isteri belum bersedia
Bagaimanapun, Nur Aida memaklumkan isteri tertuduh masih belum bersedia untuk tampil.
Keluarga memang bagi sokongan. Namun buat masa sekarang, isteri (tertuduh) masih belum boleh keluar dan belum bersedia. Hari ini yang hadir cuma bapa dan adik beradik kepada tertuduh.


Ahli keluarga tertuduh hadir ke mahkamah
Tambahnya, proses di mahkamah yang berlangsung hari ini masih di peringkat pertuduhan dan pihaknya belum menerima sebarang dokumen.
Mahkamah menetapkan tarikh 30 Ogos untuk sebutan semula kes.
Abang Dedah Ada Jumpa Suspek Selepas 4 Hari Nur Farah Kartini Hilang - “Dia Nampak Takut Takut, Burukkan Nama Adik Saya...”
The post Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Peguam Dedah Isteri Tertuduh Belum Bersedia Untuk Tampil – “Cuma Bapa & Adik Beradik Yang Hadir” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


