Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Suspek Adalah Teman Lelaki – Polis

16 Jul 2024 • 11:27 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dalam perkembangan terbaru kes bunuh Nur Farah Kartini, polis mengesahkan lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan itu merupakan teman lelakinya.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan ketika polis menjalankan siasatan berhubung kehilangan masa.

Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam.

Bagaimanapun, motif pembunuhan masih dalam siasatan.

image is not available

Pagi ini, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu dan Hakim Mahkamah Sesyen Nurul Mardhiah Mohammed Redza dilaporkan mengeluarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

image is not available

Terdahulu, Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang sejak 10 Julai selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan dan kira-kira 6 petang semalam, mangsa ditemukan mati di ladang sawit di Hulu Selangor dipercayai dibunuh orang yang dikenalinya.

image is not available 19 hours ago

(TERKINI) Dipercayai Dibunuh, Gadis Hilang Selepas Hantar Kereta Sewa Pada Pelanggan Ditemui Mati