Kes Bunuh Pelajar KV Lahad Datu: 13 Remaja Disabit Bersalah

LocalPolitics
22 Aug 2025 • 11:25 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
remaja

Mahkamah Tinggi Tawau hari ini memutuskan 13 remaja bersalah atas tuduhan membunuh pelajar Kolej Vokasional (KV) Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, pada Mac tahun lalu.

13 remaja bersalah

Menurut laporan FMT, Hakim Duncan Sikodol ketika membacakan keputusan berkata, semua tertuduh berusia antara 16 hingga 19 tahun itu disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 304 Kanun sama.

Mahkamah menetapkan 28 Ogos ini sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman terhadap mereka.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua remaja terbabit didakwa bersama-sama membunuh mangsa di bilik asrama Kolej Vokasional Lahad Datu antara jam 9 malam, 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac 2024.

Sebelum ini, pada 15 April lalu, pihak pembelaan menutup kes selepas memanggil 18 saksi memberi keterangan dalam perbicaraan peringkat bela diri. Semua tertuduh turut memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi.

image is not available

Foto: TV3

Daripada jumlah itu, lapan tertuduh diwakili barisan peguam Kamarudin Mohmad Chinki, Ram Singh dan Chen Wen Jye, manakala lima lagi diwakili peguam Abdul Ghani Zelika bersama pasukan peguam lantikan terdiri daripada Vivien Thien, Jhasseny P. Kang, Kusni Ambotuwo dan Mohamed Zairi Zainal Abidin.