Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

9 Jun 2024 • 8:24 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

IPOH - Seorang doktor yang ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dibebaskan dengan jaminan polis semalam. 

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah ketika dihubungi berkata, setakat ini belum ada suspek atau saksi lain yang dipanggil bagi membantu siasatan kes tersebut.

Kelmarin, Hafezul Helmi dalam kenyataan berkata doktor berkenaan ditahan Rabu lalu susulan laporan yang dibuat remaja itu sehari sebelumnya.

Menurutnya mangsa mendakwa diganggu secara seksual oleh lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di wad kecemasan Hospital Changkat Melintang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved