Kes cabul, liwat pelajar kolej: Polis panggil pengurusan kolej bantu siasatan

5 Jul 2026 • 3:45 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kes cabul, liwat pelajar kolej: Polis panggil pengurusan kolej bantu siasatan

SHAH ALAM, 5 JULAI: Polis telah merakam keterangan dua individu dan akan memanggil beberapa lagi saksi termasuk pihak pengurusan sebuah kolej di sini bagi membantu siasatan kes cabul serta liwat yang dipercayai membabitkan seorang pekerja di situ.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Sarudin Samah berkata dua individu itu ialah pengadu kes tersebut dan bapa suspek.

Sarudin berkata semakan awal polis mendapati suspek lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu telah bekerja di kolej tersebut selama kira-kira dua tahun.

“Berdasarkan maklumat awal petugas kolej, pihak pengurusan didakwa tidak membuat semakan rekod lampau semasa proses pengambilan bekerja menyebabkan mereka tidak mengetahui suspek mempunyai rekod berkaitan kesalahan seksual.

“Rakaman percakapan pihak pengurusan kolej akan diambil bagi mengesahkan perkara itu serta membantu siasatan,” katanya.

Sarudin berkata siasatan lanjut termasuk proses mendapatkan bukti digital dan laporan perubatan sedang dijalankan sebelum kes dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

Beliau berkata suspek yang ditahan di sebuah restoran di sini, direman tujuh hari bermula semalam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved