Kes CEO Batu: Kertas siasatan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya

LocalPolitics
29 May 2025 • 10:43 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Noor Ariffin

GOMBAK - Kertas siasatan berkaitan seorang pempengaruh media sosial dikenali sebagai CEO Batu berhubung kes hantaran mesej berbaur lucah terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya kini sedang menunggu arahan untuk tindakan selanjutnya berhubung kes berkenaan.

"Kertas siasatan sudah dirujuk kepada DPP bagi cadangan tuduh dan kita sedang tunggu arahan selanjutnya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini pada Khamis.

Sebelum ini, media melaporkan pempengaruh media sosial itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh remannya tamat pada Selasa.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved