Kes Covid-19 global melonjak 52 peratus dalam tempoh 28 hari - WHO

23 Dec 2023 • 5:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lebih 850,000 kes baharu Covid-19 dilaporkan dari 20 November hingga 17 Disember 2023.

MOSCOW - Bilangan kes Covid-19 di seluruh dunia telah meningkat 52 peratus dalam tempoh 28 hari berbanding tempoh sama sebelumnya, Sputnik memetik kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Secara global, bilangan kes baharu meningkat sebanyak 52 peratus dalam tempoh 28 hari iaitu dari 20 November hingga 17 Disember 2023 dengan lebih 850,000 kes baharu dilaporkan," menurut WHO dalam laporan mingguannya pada Jumaat.

Lebih 3,000 orang maut akibat jangkitan Covid-19 dengan angka kematian sekitar lapan peratus lebih rendah bagi tempoh 28 hari sebelumnya.

Sehingga 17 Disember, lebih 772 juta kes Covid-19 direkodkan dan lebih tujuh juta kematian telah dilaporkan kepada WHO di seluruh dunia. - Bernama-Sputnik