Kes Culik Albertine Leo: Polis Percaya Ada Kaitan Dengan Pornografi Kanak-Kanak Di ‘Dark Web’

6 Aug 2024 • 5:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dalam perkembangan siasatan kes penculikan kanak-kanak enam tahun di Johor, Albertine Leo Jia Hui, polis memaklumkan ia kini menjurus kepada kemungkinan bahawa ia bermotifkan isu pedofilia.

Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar ia selepas pihak polis menemukan peralatan seks di kediaman suspek yang telah pun ditangkap semula baru-baru ini.

Kita telah menjumpai petunjuk baharu dalam kes ini iaitu penemuan pelbagai peralatan seks dan fokus kita sekarang menjurus kepada penemuan itu.

image is not available

Kumar turut berkata, suspek berkenaan dipercayai terlibat dalam pornografi kanak-kanak di laman web gelap atau Dark Web.

Kumar berkata bahawa dia tidak boleh mendedahkan butiran siasatan yang sedang dijalankan, dia menyifatkan apa yang ditemui di rumah suspek sebagai “keji”.

Sejak hari pertama lagi, saya dapat rasakan ada yang tidak kena dengan kes ini. Kami terus menyiasat dengan lebih dalam (selepas suspek ditahan pertama kali). Kami akan menamatkan siasatan tidak lama lagi dan akan bawa suspek ke muka pengadilan.

image is not available

Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana mengakses atau memiliki bahan penderaan seksual kanak-kanak.

Jika disabit bersalah, suspek berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya sekali. Dia juga disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah. Jika didapati bersalah, dia berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

image is not available

3 days ago

Suspek Kes Culik Albertine Leo Ditangkap Semula, Polis Jumpa Alat Mainan S*ks & Bahan Lucah Di Rumah