Kes Curi Kabel Di Desa Wira, 3 Lelaki Ditangkap

6 Nov 2024 • 4:31 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suspek curi kabel ditahan, kereta dan peralatan dirampas

Kes Curi Kabel Di Desa Wira, 3 Lelaki Ditangkap. Pihak polis telah berjaya menahan tiga orang yang disyaki mencuri kabel di kawasan Desa Wira pada petang hari Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, ketiga-tiga suspek lelaki yang berumur antara 32 hingga 42 tahun itu telah ditangkap di kawasan Stapok.

image is not available
Sumber foto: Utusan Borneo. Kes Curi Kabel Di Desa Wira, 3 Lelaki Ditangkap

Beliau menjelaskan bahawa tangkapan tersebut dilakukan antara pukul 3 petang hingga 5 petang. Semasa operasi, pihak polis turut merampas sebuah kenderaan dan peralatan yang digunakan untuk aktiviti mencuri. Ketiga-tiga suspek kini berada dalam tahanan polis untuk siasatan lebih mendalam.

Superintenden Mohd Irwan turut menyeru kepada masyarakat yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini untuk tampil membantu pihak polis dalam siasatan mereka.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan kes kecurian yang berlaku di Sarawak: